More Info..!

Friday, February 19, 2010

KPLI 2010 DIBUKA

Simpan maklumat tersebut untuk rujukan anda di masa depan.

Iklan Permohonan | Kesesuaian Ijazah | Struktur Program KPLI | Mengisi Permohonan | Kalendar Aktiviti | e-Panduan Permohonan | Contoh Permohonan | Laman Utama

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR)
Tempoh Pengajian : Satu (1) Tahun
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia
2.2 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir selepas 28 Jun 1975
2.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
2.4 Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
2.6 Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1 Calon mestilah sihat fizikal dan mental.
3.2 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
3.3 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.4 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
3.5 Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2 Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3 Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
4.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.
4.5 Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

5. BIDANG PENGKHUSUAN YANG DITAWARKAN
5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
5. Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
6. Matematik
7. Sains
8. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
9. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
10.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
11.Agama Islam
12.Pendidikan Seni Visual
13.Pendidikan Jasmani
14.Bimbingan dan Kaunseling
15.Pendidikan Pemulihan
16.Pendidikan Muzik
17.Malaysia Negaraku

5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Cina
5. Matematik
6. Sains
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10.Agama Islam
11.Pendidikan Seni Visual
12.Pendidikan Jasmani
13.Bimbingan dan Kaunseling
14.Pendidikan Pemulihan
15.Pendidikan Muzik
16.Malaysia Negaraku

5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Sains
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10.Agama Islam
11.Pendidikan Seni Visual
12.Pendidikan Jasmani
13.Bimbingan dan Kaunseling
14.Pendidikan Pemulihan
15.Pendidikan Muzik
16.Malaysia Negaraku

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1 Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
6.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.
6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 FEBRUARI 2010

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260/1245/1243/1235/1231/1226

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
Peti Surat 10491
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan College
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082–258045

Wednesday, December 30, 2009

VACANCY AGAINN...!

JAWATAN:
- Pegawai Psikologi
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) - Kontrak

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.johordt. gov.my/bpsm/ iklanbpsmjohor. pdf

DOWNLOAD BORANG:
http://www.johordt. gov.my/bpsm/ brgiklanbpsm. pdf

Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat:

KETUA PENOLONG SETIAUSAHA,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN C3S, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA, JOHOR.

TARIKH TUTUP : 21 JANUARI 2010

VACANCY...!

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi
mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN:
- Pegawai Perancang Korporat

Taraf : Kontrak

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.felda. net.my/feldav2/ attachments/ 294_CP.pdf

BORANG PERMOHONAN:
http://www.felda. net.my/feldav2/ attachments/ 294_BORANG% 20FELDA%201. pdf

Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan Kad Pengenalan, Ijazah/Sijil serta lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH SUMBER MANUSIA
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)
WISMA FELDA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
54000 KUALA LUMPUR

http://www.felda. net.my

TARIKH TUTUP : 8 JANUARI 2010

JAWATAN KOSONG...!

JAWATAN:
-Pegawai Khas (Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Kelayakan :
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.tabungha ji.gov.my/ th/TH/source/ Jawatan%20Kosong /Lampiran% 20A.pdf

CARA MEMOHON:
Calon yang berminat boleh memohon melalui laman web TH iaitu : www.tabunghaji. gov.my

TARIKH TUTUP : 8 JANUARI 2010

Monday, December 21, 2009

JawatanKosong Pejabat Majlis Daerah Yong Peng, JOHOR...!

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) (Gred N17)

BORANG PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Yong Peng yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng (Bahagian Pentadbiran) , Yong Peng, Johor. TIADA BORANG DI INTERNET.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Yong Peng,
KM1, Jalan Labis,
83700 Yong Peng,
Johor Darul Takzim.

TARIKH TUTUP : 24 DISEMBER 2009

JawatanKosong Negeri Sarawak....!

uruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPNS)

JAWATAN:
1.PEKERJA AWAM (Gred R1)
2.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (Gred W17)
3.PEMBANTU PENGUATKUASA (Gred N22)
4.PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (Gred F41)

MAKLUMAT LANJUT & BORANG PERMOHONAN
Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web : http://www.e- recruitment. gov.my

TARIKH TUTUP : 29 DISEMBER 2009

JawatanKosong KETENGAH .

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Profesional dan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

JAWATAN:
- PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (KONTRAK)
-AKAUNTAN (KONTRAK)
-PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (TETAP)
-JURUTEKNIK (TETAP)
-PEMANDU KENDERAAN (TETAP)
-PEKERJA AWAM (TETAP)

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.ketengah .gov.my/jawatankosong

BORANG PERMOHONAN:
http://www.ketengah .gov.my/c/ document_ library/get_ file?p_l_ id=10906& folderId= 33449&name= DLFE-101. doc

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU

TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER 2009